3 kawasan di Julau diancam tanah runtuh


SARIKEI-- Tiga kawasan di Julau di sini, diancam tanah runtuh berikutan hujan lebat sejak kebelakangan ini.


Tinjauan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor selepas menerima panggilan berhubung kes tanah runtuh sekitar jam 7.23 pagi tadi mendapati di lokasi pertama iaitu, Jalan Entabai, Julau,  telah berlaku tanah runtuh pada ketinggian 50 meter dari atas lereng bukit serta menutupi separuh jalan utama anggaran sepanjang 30meter.



"Sementara di dua lagi lokasi berisiko tanah runtuh ialah Nanga Beduie dan Nanga Beleguai, Merurun, Julau. 


"Hasil pemantauan bersama agensi lain di lokasi, pihak Bomba menjangkakan boleh berlaku runtuhan tanah sekiranya mengalami hujan berterusan," kata Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan hari ini.




Katanya,pihak Bomba bertindak memasang tali sawar-sawar di ketiga-tiga kawasan sebagai amaran kepada penduduk sekitar dan pengguna jalan raya tersebut. 



"Perkara tersebut juga telah dimaklumkan kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah untuk tindakan lanjut.


"Operasi Khas Bencana Alam pemantauan tanah runtuh yang dilakukan tiga anggota BBP Bintangor bersama dua pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Julau tamat pada jam 12.42 tengah hari," ujarnya.

Next Post Previous Post