20 tentera ditahan terlibat rompakan di Semporna
20 anggota tentera terlibat dua kes rompakan di laut di perairan Pulau Siamil di Semporna, 20 tentera ditahan terlibat rompakan di Semporna
KUALA LUMPUR -- Seramai 20 anggota tentera ditahan kerana disyaki terlibat dua kes rompakan di laut di perairan Pulau Siamil di Semporna, Sabah.
Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), suspek ditahan berikutan dua laporan yang diterima pada 15 dan 18 Ogos lepas, dengan kedua-dua kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan.
“Tangkapan seramai 20 anggota tentera, dan suspek-suspek telah dijamin pada 25 Sept 2022 dan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam jawapan yang disiarkan di laman web Parlimen.
KDN menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) yang ingin tahu secara terperinci kejadian rompakan berkumpulan (rompakan laut) yang didakwa dilakukan anggota keselamatan negara pada Ogos lepas di perairan Pulau Siamil.
-- BERNAMA
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.