Tindakan pantas penduduk selamatkan rumah panjang Juan terbakar
SARATOK--Tindakan pantas penduduk berjaya menyelamatkan rumah panjang Juan, Jalan Ulu Kerian di sini, terbakar hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.45 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.
"Tindakan pantas penduduk memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api serta air paip telah berjaya menyelamatkan rumah panjang mereka daripada terbakar.
"Kebakaran berlaku di pintu nombor 10 dari pada 14 pintu rumah panjang, dua tingkat struktur separuh kekal yang dihuni 73 penduduk," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, enam penduduk rumah panjang saling bekerjasama memadamkan kebakaran menggunakan tiga unit alat pemadam api serta air paip dan api berjaya dikawal serta dipadamkan sepenuhnya sebelum pihak bomba tiba di lokasi.
"Pasukan Bomba tiba di lokasi pada jam 3.11 petang bagi mendapatkan laporan dan menyiasat kejadian kebakaran.
"Tiada kecederaan dilaporkan, punca kebakaran masih dalam siasatan," ujarnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.