-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Tiga maut, pesawat kecil bertembung di Colorado

| September 18, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-18T06:32:59Z
Tangkap layar salah sebuah pesawat kecil yang terhempas selepas bertembung di udara mengorbankan tiga nyawa. Gambar Twitter

LOS ANGELES-- Tiga orang terbunuh apabila dua pesawat kecil bertembung di udara pada Sabtu di negeri Colorado Amerika Syarikat (AS), kata pihak berkuasa.


Menurut Pejabat Syerif daerah Boulder, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 8.54 pagi waktu tempatan (1454 GMT).


Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS dalam hantaran Twitter mengesahkan ia sedang menyiasat pelanggaran di udara antara pesawat Cessna 172 dan pesawat Sonex Xenos berhampiran Longmont, Colorado, lapor Xinhua.


Pasukan bantuan menemukan dua lokasi kemalangan yang berasingan, kata Pejabat Syerif dalam satu kenyataan berita.


"Pesawat pertama yang terhempas ditemukan di blok 10,000 Niwot Rd di sebelah selatan. Dua orang yang berada di dalam pesawat itu terbunuh di tempat kejadian," kata pejabat sheriff.


"Pesawat kedua ditemukan di blok 9,700 Niwot Rd di sebelah utara," dan seorang penumpang di dalamnya juga maut sebelum pasukan bantuan tiba di tempat kejadian, kata pejabat sheriff.
Pegawai berkata punca nahas masih dalam siasatan.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update