SPRM tahan pengarah universiti awam terima suapan kereta

Pengarah universiti awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, SPRM tahan pengarah universiti awam terima suapan kereta

MELAKA— Seorang pengarah bahagian pengurusan fasiliti sebuah universiti awam di sini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka hari ini atas dakwaan menerima suapan.


Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad berkata lelaki berusia 50-an itu ditahan pada kira-kira 3 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM.


"Lelaki berkenaan ditahan atas dakwaan menerima satu suapan harta alih iaitu sebuah kenderaan jenis Honda Accord 2.4 i-vtec yang dianggarkan bernilai RM174,500 daripada seorang pemilik syarikat kontraktor di Klang, Selangor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai RM1,654,350.


"Dia ditangkap bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009," menurutnya dalam satu kenyataan di sini.


Beliau berkata permohonan reman ke atas lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Ayer Keroh esok.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.