Seorang maut, kemalangan babit lori sawit dan pikap

Kemalangan membabitkan lori sawit 10 tan dan pikap berdekatan Batu 8, Kemalangan babit lori sawit dan pikap

BINTULU-- Seorang remaja lelaki maut, seorang cedera parah manakala dua lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lori sawit 10 tan dan pikap berdekatan Batu 8, Jalan Pan Borneo Bintulu-Miri di sini, awal pagi ini.


Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali Alexander Adolf Anyi Chua Heng Chai,20, menaiki pikap manakala rakannya Kennedy Beru,21, cedera parah.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan behubung kes itu jam 3.12 pagi  dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bintulu ke lokasi kejadian. 


"Dua orang mangsa tersepit dalam pikap Toyota Hilux. Tindakan operasi mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan menyelamat.


"Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada jam 3.45 pagi. Mangsa mengalami cedera parah dan tidak sedarkan diri dibawa ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,mangsa kedua berjaya dikeluarkan pada jam 4 pagi, mangsa mengalami cedera parah di kepala telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan KKM di lokasi kejadian. 


"Pemandu lori dan kelindan lori berusia 17 dan 57 tahun mengalami cedera ringan dibawa ke hospital menggunakan Unit EMRS Bomba. 


"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.20 pagi," ujarnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.