Rumah kosong dua tingkat terbakar di Satok
KUCHING--Sebuah rumah dua tingkat tidak berpenghuni terbakar di Jalan Jambatan Gantung,Satok, di sini, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan behubung kes itu jam 10.30 malam dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Padungan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan bahagian siling dan atap rumah. Pasukan Bomba bertindak membuat pemadaman menggunakan satu aliran saluran bantu mula.
"Setelah pemantuan dilakukan hanya kebakaran kecil di hujung siling rumah dan tidak merebak ke bahagian siling rumah yang lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.50 malam,operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.04 malam.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.