Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

Remaja lelaki lemas ketika mandi di sungai dekat feri Tanjung Maling, Sungai Bidut, Tan Chung Yun dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai
Gambar ihsan bomba

SIBU--Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai berdekatan feri Tanjung Maling, Sungai Bidut di sini, petang ini.


Dalam kejadian itu, mangsa, Tan Chung Yun,13, mandi di sungai berkenaan bersama dua lagi rakannya.


Gambar ihsan bomba


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sungai Merah ke lokasi kejadian.


"Saksi yang merupakan jiran kepada keluarga mangsa, melihat tiga remaja lelaki sedang mandi-manda.


Gambar ihsan bomba


"Mangsa dikatakan hilang dikhuatiri lemas apabila salah seorang rakan mereka menyedari mangsa tidak timbul setelah dua orang lagi telah berjaya naik ke tebing," katanya dalam kenyataan hari ini. 


Katanya, saksi terus bergegas ke lokasi dan memberitahu kepada ahli keluarga mangsa.


Gambar ihsan bomba


"Pihak Bomba ke tempat kejadian bagi mengambil serta mengumpul maklumat berkaitan kejadian," ujarnya.


Setakat ini mangsa hilang masih belum dijumpai.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.