Notification

×

Iklan

Iklan

Remaja 17 tahun maut, dua rakan cedera terlibat nahas di Jalan Batu Kitang

| September 25, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-25T03:26:36Z

PADAWAN-- Seorang remaja 17 tahun maut manakala dua rakannya masing-masing parah dan cedera ringan setelah kereta dinaiki mereka terbalik akibat terlibat kemalangan di Jalan Batu Kitang berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) ST David Kampung Bumbok di sini tengah malam tadi.


Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam kejadian sekitar jam 12.30 malam itu, remaja lelaki yang maut dikenali sebagai Alan Jong Kai Quan berasal dari Hui Sing Garden.



Tambahnya, rakan mangsa, lelaki berusia berusia 17 tahun pula mengalami cedera ringan manakala seorang lagi rakan lelaki mangsa yang berusia 16 tahun cedera parah.


"Kemalangan berlaku semasa kereta dipandu mangsa bersama dua rakan bergerak lurus telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan dan masuk ke dalam parit serta berpusing sebelum berhenti di depan pintu masuk SK ST David Bumbok.


"Akibat dari pelanggaran, mangsa telah tersepit di dalam kenderaan di bahagian pemandu dan telah dikeluarkan oleh Pihak Bomba dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas," katanya dalam kenyataan hari ini.



Abang Zainal memberitahu, mayat mangsa kemudian telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya. 


"Manakala dua penumpang kereta terbabit telah dibawa ke Unit Kecemasan untuk mendapatkan rawatan," ujarnya.


Tegasnya, ses masih dalam siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

×
Berita Terbaru Update