Pukul, pijak kepala anak tiri lelaki ditahan polis

Seorang lelaki memukul anak tirinya, Polis tahan seorang lelaki yang memukul anak tirinya, Remaja perempuan di pukul bapak tirinya
Tangkap layar yang dimuat naik mangsa dalam Instagram menunjukkan bahagian mukanya yang lebam dipercayai dipukul bapa tirinya.

IPOH—Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memukul anak tirinya, selepas remaja perempuan berumur 19 tahun yang dirujuk ke Hospital Taiping akibat cedera itu membuat laporan berhubung kejadian, tiga hari lepas.


Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata kejadian di Parit Buntar malam Sabtu lepas itu dipercayai bermula dengan pertengkaran mulut antara remaja itu dan ibu kandungnya, sebelum suspek masuk campur dan bertindak menampar pipi sebelah kiri, menendang bahagian belakang badan dan memijak kepala remaja berkenaan.


Beliau berkata susulan kejadian, remaja itu dibawa ke Hospital Parit Buntar sebelum dirujuk pula ke Hospital Taiping ekoran mengalami bengkak serta lebam di beberapa bahagian pada badan, dan suspek kemudiannya hadir menyerah diri pada hari Ahad sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokkan harinya.


“Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan akibat mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” tambahnya,” katanya ketika dihubungi Bernama.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.