Pikap kemalangan kendiri masuk semak
KANOWIT: Sebuah pikap kemalangan kendiri terbabas ke bahu jalan lalu masuk ke dalam semak di Jalan Rascom Jagau di sini, petang tadi.
Bagaimanapun, dalam kejadian itu tiga mangsa yang berusia 50, 52 dan 57 tahun bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 2.40 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit ke lokasi kejadian.
"Mangsa berjaya keluar dengan bantuan orang awam yang melalui jalan tersebut sebelum pasukan Bomba tiba divlokasi.
"Kesemua mangsa selamat dan hanya mengalami cedera ringan telah dibawa keluar ke jalan utama menggunakan kenderaan polis untuk diserahkan kepada pihak ambulans dan dibawa ke hospital Kanowit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, setelah membuat pemantauan dan memastikan keadaan benar selamat, pasukan Bomba bertolak balik ke balai.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.