Pemilik kedai cedera, gas LPG meletup


MIRI--Pemilik kedai lelaki  mengalami kecederaan dan patah kaki dalam insiden letupan gas LPG di Kwan Tung Cafe, Jalan Kwan Tung di sini,hari ini.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri bersama unit EMRS  digerakkan ke lokasi kejadian.



"Setibanya di lokasi didapati kejadian melibatkan letupan gas bawah tanah LPG di bahagian dapur kedai berkenaan menyebabkan beberapa bahagian dinding dan perkakas dapur mengalami kerosakan.


"Terdapat seorang mangsa lelaki pemilik kedai mengalami kecederaan dan patah kaki dan telah dihantar ke hospital oleh adiknya," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,pihak polis dan pihak Sarawak Gas Distribution turut hadir ke lokasi kejadian.


"Pasukan Bomba hanya memantau kawasan kejadian memadangkan api telah padam sepenuhnya.


"Setelah mendapati keadaan terkawal dan selamat pasukan Bomba berangkat balik ke balai, operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.27 petang," ujarnya.

Next Post Previous Post