Pasukan SAR terus buntu kesan Nicholas

Kapal pasir karam di jambatan Beladin, Nicholas ak Julius belum di temukan, Operasi mencari dan menyelamat(SAR) Nicholas ak Julius

PUSA-- Operasi mencari dan menyelamat(SAR) Nicholas ak Julius,30, masih menemui jalan buntu dengan tidak ada sebarang petunjuk lokasi mangsa yang hilang dalam insiden kapal pasir karam di jambatan  Beladin Sabtu lalu ditemukan setakat ini.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, SAR yang memasuki hari ke empat hari ini menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dalam radius empat kilometer sepanjang sungai Saribas menuju ke hulu dan hilir, selain pencarian ditepi sungai.



"Operasi SAR ditangguhkan jam 5 petang ini memandangkan keadaan cuaca, arus air yang deras, SAR akan disambung esok hari," katanya dalam kenyataan hari ini.


Selain pihak Bomba turut terlibat dalam SAR itu ialah pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam dan Lembaga Sungai Sarawak(LSS).




LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.