-->

Notification

×

Iklan

Iklan

MSS Sarawak buru kembali gelaran juara Kejohanan MSSM

| September 19, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-19T01:14:49Z

KUCHING-- Pasukan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Sarawak kini dalam misi merampas kembali gelaran juara pada Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2022 yang akan berlangsung 20 hingga 24 September ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.



Pasukan MSS Sarawak akan disertai 89 atlet dan 19 jurulatih yang menggalas cabaran bagi mencapai misi tersebut pada kejohanan kali ke-62 tahun ini. 



Untuk rekod pasukan olahraga MSS Sarawak telah menjuarai kejohanan sebanyak 19 kali.


Namun sejak 2016 hingga 2019, pasukan olahraga MSS Sarawak mendapat tempat sebagai Naib Johan.



"Maka pada tahun ini, misi besar perlu digalas bersama-sama oleh semua pegawai pasukan, jurulatih dan para atlet. 


"Ayuh semua atlet Sarawak, semoga kejayaan selaku Juara menjadi milik kita pada tahun ini... Fly Kenyalang Fly...Fly High. Oohaaaa, Agi Idup, Agi Ngelaban," kata Jabatan Pendidikan Sarawak dalam Facebook rasminya.




×
Berita Terbaru Update