Lelaki warga tempatan dicekup disyaki curi besi dari sebuah tapak projek binaan di Beluru

Gambar Kredit JSJ IPD Marudi

MIRI-  Padah curi besi di sebuah tapak projek pembinaan di Beluru, seorang lelaki ditahan polis untuk tindakan lanjut.


Suspek telah diberkas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Marudi pagi tadi (Khamis) sekitar jam 11 di sebuah rumah pekerja di tapak pembinaan kedai berhampiran Jambatan Sungai Sibuti, Jalan Coastal Miri-Bintulu.


Suspek berusia 48 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian curi besi di tapak projek mini sport Komplek Beluru.


Kerugian dianggarkan bernilai RM198.


Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib, berkata, kejadian di berlaku pada 12 September itu disedari sub-kontraktor projek berkenaan sekitar jam 8.30 pagi yang kebetulan berada di tapak berkenaan.


"Besi yang dilaporkan hilang disyaki dicuri adalah jenis y16 dan y20,"ujarnya.


Satu laporan polis telah dibuat susulan kehilangan besi tersebut.


Bertindak dari aduan tersebut, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Marudi telah menahan suspek, seorang warga tempatan di sebuah rumah pekerja di tapak pembinaan kedai berhampiran Jambatan Sungai Sibuti, Jalan Coastal Miri-Bintulu pagi tadi.


Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Next Post Previous Post