Lelaki dikhuatiri lemas ketika mahu ambil perahu
BINTANGOR--Seorang lelaki dikhuatiri lemas semasa berenang ketika cuba mengambil perahu yang terlepas talinya di sungai Muara Payang di sini, petang ini.
Dalam kejadian itu, mangsa dikenali Aziz Yusuf, 40.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.41 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor ke lokasi kejadian.
"Saksi kejadian, Aini Paris memberitahu mangsa cuba berenang untuk mendapatkan perahu mangsa yang terlepas talinya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, katanya, mangsa dikatakan telah tengelam dan dikhuatiri lemas.
Laporan polis berhubung kes itu telah dibuat oleh keluarga mangsa.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.