Lelaki cedera, kereta dipandu langgar 2 kereta di parkir


KUCHING-- Seorang lelaki cedera di bahagian dada dan kedua kaki selepas kereta dipandu hilang kawalan melanggar dua buah kereta yang di parkir berdekatan bangunan 7M Mart, Batu 13, Jalan Kuching-Serian di sini, malam ini.


Dalam kejadian itu, mangsa dikenali Andy ak Bage,26.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.30 malam  dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi kejadian.


"Sampai di lokasi kejadian didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan Proton Wira yang hilang kawalan dan melanggar dua buah kereta yang diletakkan di parkir.


"Mangsa tersepit di bahagian duduk hadapan. Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit  menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapat rawatan.


"Setelah keadaan terkawal dan selamat pasukan Bomba berangkat balik ke balai, operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.07 malam," ujarnya.

Next Post Previous Post