Notification

×

Iklan

Iklan

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik

| September 25, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-25T04:00:38Z
Imej menunjukkan pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara. Gambar kredit KCNA

SEOUL— Ketua Staf Bersama (JCS) Korea Selatan pada Ahad mendakwa Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat di perairan timurnya.


JCS dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengesan kehadiran peluru berpandu di kawasan sekitar Taechon, wilayah Pyongan Utara, pada 6.53 pagi waktu tempatan. 


Bagaimanapun butiran lanjut mengenai pelancaran itu tidak didedahkan.


Korea Selatan dalam keadaan bersiap siaga serta menjalin kerjasama erat dengan Amerika Syarikat (AS) sambil mengukuhkan kewaspadaan dan pengawasan, menurut JCS.


Pelancaran peluru berpandu Korea Utara dilakukan dua hari selepas kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear AS tiba di Busan, kira-kira 390 kilometer dari tenggara Seoul, bagi mengadakan latihan dengan tentera laut Korea Selatan sehingga akhir bulan ini.


--BERNAMA

×
Berita Terbaru Update