Kapal karam di Beladin, 4 selamat, seorang masih hilang
PUSA: Empat selamat manakala seorang lagi masih hilang dalam insiden kejadian kapal karam di jambatan Beladin di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa yang masih hilang dikenali Nicholas ak Julius.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.30 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Saratok ke lokasi kejadian.
"Balai Polis Pusa memaklumkan ada berlaku kes kapal pasir karam di seberang Beladin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,empat orang mangsa (lelaki) berjaya berenang ke tepi jambatan Beladin Pusa.
"Seorang mangsa (lelaki) dipercayai masih berada di dalam kapal, gagal keluar dari kapal," ujarnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.