Isu kelewatan pengumuan pelajar IPTA, GRADUAN mohon penjelasan UPU

isu kelewatan pengumuman keputusan pengambilan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), GRADUAN mohon penjelasan UPU

Membebankan pelajar dari Sabah dan Sarawak yang perlu membeli tiket penerbangan 


KUALA LUMPUR— Persatuan Graduan Muda Malaysia (GRADUAN) memohon UPU memberi penjelasan atas isu kelewatan pengumuman keputusan pengambilan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada tahun ini dan menyeru perkara itu tidak berulang kembali. 


GRADUAN dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu bukan sahaja menyebabkan sebahagian pelajar baharu IPTA mempunyai masa yang terhad, malah, membebankan pelajar yang perlu membeli tiket penerbangan sehala mahupun pergi-balik dari Sabah, Sarawak ke Semenanjung.


“Malahan ia telah menyebabkan pelajar berebut untuk mendapatkan tiket penerbangan bagi memasuki universiti bagi pelajar baharu yang perlu terbang dari Semenanjung ke Malaysia Timur. 


“Hal ini menyebabkan pelajar perlu menanggung harga tiket penerbangan yang mahal dan membebankan keluarga mereka,” menurut kenyataan itu.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.