Hanya kepala mangsa serangan buaya ditemukan di Sandakan

Seorang lelaki di baham buaya di Sungai Seguntor, Bomba menemukan kepala seorang mangsa lelaki di Sungai Seguntor, Berita Sabah terkini

SANDAKAN, 11 Sept (Bernama) -- Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan hari ini menemukan kepala seorang mangsa lelaki yang hilang dipercayai diserang dan dibaham buaya ketika cuba menyeberang Sungai Seguntor, dekat Taman Kenari di sini, Jumaat lepas.



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan berkata kepala mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada 7.30 pagi tadi, dalam keadaan tidak sempurna kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.



Kes tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan seorang lelaki dewasa hanya dikenali sebagai Abdul, disyaki dibaham buaya pada kira-kira 6 petang Jumaat di sungai kawasan setinggan itu.



"Mangsa dikatakan menaiki rakit yang diperbuat daripada buluh cuba menyeberangi sungai untuk ke rumahnya yang terletak 100 meter dari tebing sungai.



"Ketika sedang menyeberangi sungai, mangsa disyaki disambar oleh seekor buaya dan sempat menjerit meminta tolong, namun hilang daripada pandangan saksi," katanya.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.