-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Didenda RM25,000 miliki pembungkus makanan kucing tiruan

| September 20, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-20T12:21:40Z

KUALA LUMPUR—Seorang penuntut universiti swasta didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 9,130 keping plastik pembungkus makanan kucing tiruan, tahun lepas.


Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid turut memerintahkan Tang Yao Yih, 25, selaku Orang Kena Saman (OKS) dipenjara enam bulan, sekiranya dia gagal membayar denda.


Tang, yang merupakan penuntut jurusan pengurusan perniagaan, membayar denda itu.


Dia didakwa memiliki plastik pembungkus makanan kucing jenama Royal Canin yang direka secara spesifik untuk membuat salinan cap dagangan berdaftar di sebuah premis di Jalan Metro Perdana Barat, Kepong pada 4 petang, 27 Sept 2021.


Tang didakwa mengikut Seksyen 101(b) Akta Cap Dagangan 2019 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM1 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Putrajaya Rohaizat Shahabudin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan selain melindungi pengguna supaya mendapatkan barangan tulen.


Peguam Rajsurian Pillai pula memohon denda minimum kerana Tang masih belajar dan pengakuan salahnya telah menjimatkan masa mahkamah.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update