Bukan kes culik budak di Kampung Sungai Ladong tetapi kes curi sarang burung

Tular video dan gambar individu yang dikatakan terlibat kes culik budak di Kampung Sungai Ladong di media sosial, Kes curi sarang burung

SIMUNJAN-- Tular video dan gambar individu yang dikatakan terlibat kes culik budak di Kampung Sungai Ladong di media sosial sebenarnya adalah suspek kes curi sarang burung walit. 


Pemangku Ketua Polis Daerah Simunjan ASP Honchin Ludu berkata, gambar dan video yang ditularkan adalah kes pecah rumah sarang burung yang berlaku pada 27 September 2022 di Kampung Sungai Ladong. 



"Pada 28 September 2022 pihak Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan telah mengesan beberapa hantaran yang dimuat naik di laman media sosial khususnya Whatsapp menyatakan telah berlaku kes culik yang melibatkan budak di Kampung Sungai Ladong , Sebuyau.


"Pihak polis menafikan kenyataan ini dan menyifatkan sebagai tidak berasas kerana gambar dan video yang ditularkan adalah kes pecah rumah sarang burung yang berlaku pada 27 September 2022 di Kampung Sungai Ladong," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi IPD Simunjan hari ini.



Tegasnya, kes curi rumah sarang burung itu sedang dalam siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun keseksaan kerana pecah rumah dan curi. 


Dedah Honchin, dua suspek telah berjaya ditangkap. 


Sehubungan itu, beliau mengingatkan dan menegaskan orang ramai agar mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada pihak berwajib sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan media atau menyebarkan berita palsu. 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.