Buaya Katak baham kucing orang kampung ditangkap


SARIBAS: Seekor kucing menjadi juadah seekor buaya katak sebagai santapan malam sebelum sang bedal itu berjaya ditangkap oleh sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Betong dalam operasi yang dijalankan di Kampung Tuie, Debak dekat sini malam tadi.


Dalam operasi yang dijalankan seekor buaya, spesis buaya katak sepanjang lapan kaki berjaya ditangkap setelah terperangkap dalam longkang dikampung tersebut.



Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Betong Leftenan Muda (PA) Desem Samuel memberitahu telah menerima makluman berhubung kehadiran seekor buaya sekitar jam 9.55 malam dan memohon bantuan untuk menangkap reptilia terbabit.


"Empat anggota dikerah kelokasi kejadian bagi membantu menangkap buaya yang terperangkap dihadapan rumah penduduk kampung.


"Skuad Alpha yang bertugas tiba di lokasi mendapati seekor buaya, spesies buaya katak yang telah terperangkap di dalam longkang di hadapan rumah pengadu.


"Menurut pengadu buaya tersebut kerap kali datang dan sering muncul dalam longkang dilokasi tersebut.


"Risau dengan keadaan yang lebih berbahaya kepada penduduk, pengadu telah berusaha menghubungi APM Betong bagi mendapatkan bantuan. Beliau turut memberitahu kucing peliharaan nya telah menjadi mangsa santapan sang bedal tersebut," katanya.


Tambahnya, hampir dua jam bergelut dengan buaya tersebut, anggota APM berjaya menangkap dengan teknik menjerut.


"Reptilia yang berjaya ditangkap telah dibawa  ke PKOD untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.


"Dalam masa yang sama  APM Betong telah menghubungi Sarawak Forestry Corporation (SFC) berkenaan penangkapan buaya tersebut. 


"Buaya tersebut akan diserahkan kepada pihak SFC untuk tindakan lanjut selepas selesai proses dokumentasi penyerahan," tambahnya.

Next Post Previous Post