Bekas Presiden MIC Samy Vellu meninggal dunia
KUALA LUMPUR-- Bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu meninggal dunia di kediamannya di sini, kira-kira 7 pagi tadi.
Mendiang berusia 86 tahun.
Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC Tan Sri Dr S. Subramaniam ketika dihubungi Bernama.
“Saya menerima panggilan pagi tadi memaklumkan beliau (Samy Vellu) meninggal dunia ketika tidur,” katanya.
Subramaniam berkata upacara pengebumian akan dimaklumkan keluarga mendiang kelak.
Samy Vellu yang memimpin MIC dari 1981 hingga 2010 adalah antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979.
-- BERNAMA
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.