Bekas penghantar makanan bebas tuduhan amang seksual fizikal kanak-kanak

Bekas penghantar makanan bebas tuduhan amang seksual fizikal kanak-kanak

PUTRAJAYA-- Seorang bekas penghantar makanan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.


Hakim Datin M. Kunasundary membebaskan Mohamad Shahril Abu Hanifa di akhir kes pendakwaan tanpa mengarahkan membela diri selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.


Dalam keputusannya beliau berkata keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menunjukkan mangsa tidak mengenali pelaku dan tiada siasatan menyeluruh oleh pegawai penyiasat.


Mohamad Shahril, 42, dituduh melakukan kesalahan itu di Presint 15, Putrajaya pada 6.30 petang, 7 Jun 2020.


Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan.


Mohamad Shahril diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Vivi Aznita Zaina’ Larifin manakala Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin bagi pihak pendakwaan.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.