Ajal elak lubang, kereta jatuh gaung sedalam 40 kaki


LUNDU-- Seorang lelaki yang maut dipercayai cuba mengelak lubang tetapi kereta dipandu hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 40 kaki di Jalan Kampung Siluk, Jalan Lundu - Bau pagi tadi.


Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, mangsa yang maut dikenali Ezra ak Sidi,24, beralamat di Kampung Pasir Tengah Lundu.


Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Damatarius Lautin berkata,kemalangan berlaku apabila kereta Proton Saga dipandu mangsa bergerak dari arah Bau menuju ke arah Lundu.


"Sampai di tempat kejadian kereta berkenaan dipercayai cuba mengelak lubang tetapi hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terjatuh ke dalam gaong," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, mangsa telah dikeluarkan oleh anggota Bomba dari dalam kenderaan dan dibawa ke Hospital Lundu.


"Namun disahkan meninggal dunia di bahagian kecemasan oleh pasukan paramedik dari Hospital Daerah Lundu. 


"Mayat telah dibawa ke rumah mayat hospital daerah Lundu dan telah dituntut anggota keluarga manakala kereta dibawa ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik(BSPT) IPD Lundu untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen  41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.