4 hari hilang, lelaki ditemukan selamat

Lelaki yang hilang di Kampung Kesindu, Lelaki 4 hari hilang ditemukan selamat

SIMUNJAN-- Selepas empat hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, lelaki yang hilang di Kampung Kesindu di sini, ditemukan selamat hari ini.


Mangsa, Yap Sio Pheng, 50, dijumpai di tebing sungai Kampung Gawang Baru pada jam 12.25 tengah hari, dua kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB).



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, operasi SAR hari keempat ditukar dari Kampung Kesindu ke Kampung Gawang mengikut arah sungai.


"Pencarian dilakukan anggota Bomba, bersama anjing pengesan Daisy, anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) dan penduduk kampung.



"Mangsa dibawa menggunakan ambulans ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, dengan penemuan mangsa operasi SAR ditamatkan pada jam 3.03 petang.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.