-->

Notification

×

Iklan

Iklan

4 cedera, kenderaan terbalik kemalangan di Bau

| September 16, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-16T00:36:56Z

BAU--Empat cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Senggi, Jalan Bau di sini, malam tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.25 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bau ke lokasi kejadian.



"Dua mangsa telah dihantar ke hospital menggunakan kenderaan orang awam manakala seorang mangsa dibawa menggunakan  ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM). 


"Seorang lagi mangsa lelaki masih berada di dalam kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya,anggota Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tertiarap dalam kenderaan yang terbalik di bahu jalan dengan menggunakan peralatan khas bagi memudahkan kerja mengeluarkan mangsa.



"Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa kemudian diserah kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakkan selanjutnya. 



"Mangsa berusia 41 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan patah tangan kanan," ujarnya.


Katanya setelah selesai pihak Bomba membuat pembersihan di kawasan kemalangan.

×
Berita Terbaru Update