3 maut, seorang cedera parah, kemalangan motosikal di Jalan Julau
SARIKEI--Tiga lelaki maut manakala seorang wanita cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Jalan Julau Batu 12, Bintangor, di sini, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.24 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bintangor ke lokasi kejadian.
"Tiga mangsa lelaki tidak sedarkan diri manakala seorang mangsa wanita cedera parah.
"Mangsa wanita yang cedera parah dihantar ambulans hospital Kanowit untuk mendapat rawatan di hospital Sibu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mayat tiga mangsa lelaki yang tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan, kes diserahkan kepada pihak polis.
"Kesemua mayat dihantar ke bilik mayat hospital Sibu menggunakan lori polis.
"Pihak Bomba membuat pembersihan serpihan di kawasan kemalangan bagi mengelak sebarang merbahaya kepada kenderaan lain" ujarnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.