Tengku Nasrul diburu polis bagi bantu siasatan kes rogol
![]() |
Tengku Nasrul diburu polis bagi bantu siasatan kes rogol di Bintulu. Gambar suspek dari PDRM |
BINTULU—Seorang penjawat awam yang dikenali sebagai Tengku Nasrul Haizal Mohd Nasir, 33, diburu polis bagi membantu siasatan kes rogol yang berlaku di bahagian ini pada 29 Julai lepas.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit dalam kenyataannya hari ini berkata, kes yang melibatkan suspek yang berasal dari Tumpat Kelantan ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
"Justeru, mana-mana orang awam yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Nurikman Hadi di talian 019-3517155," ujarnya.
Orang ramai juga katanya boleh menghubungi terus talian Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di talian 086-318304.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.