Serpihan disyaki roket China ditemui di Suai

Serpihan disyaki roket, Roket China, Suai, Logam berwarna kelabu, Roket Long March, Berita Sarawak
Objek logam berwarna kelabu yang disyaki sebahagian komponen roket Long March 5B milik China ditemui berhampiran rumah panjang Ngadan, Sungai Kurong Suai pada petang tadi. Gambar Bomba Batu Niah

MIRI— Objek logam berwarna kelabu yang disyaki sebahagian komponen roket Long March 5B milik China ditemui di kawasan kebun sawit persendirian, kira-kira 100 meter dari rumah panjang Ngadan, Sungai Kurong Suai pada petang tadi.


Jurucakap dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah berkata, pasukan keluaran operasi (PKO) bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.19 petang.


Gambar Bomba Batu Niah


“Setibanya di lokasi, PKO membuat size-up dan memastikan lokasi sebenar.  Kemudian PKO menggunakan pakaian operasi lengkap dan menggunakan alat pernafasan ke lokasi objek tersebut.


Terdapat objek berwana  kelabu ketingian dalam satu kaki tertanam dari permukaan tanah.


Gambar Bomba Batu Niah


PKO  mengambil beberapa gambar objek tersebut untuk tindakkan dan rujukan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sementara itu penghuni rumah panjang dinasihatkan agar tidak menghampiri kawasan objek tersebut buat sementara waktu.



Operasi penyelamatan ditangguhkan sementara menunggu arahan  selanjutnya. 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.