Seorang maut, dua cedera kemalangan di Sungai Ladong

Keadaan kereta yang terbabit kemalangan di Kampung Sungai Ladong, Simunjan petang semalam.

SIMUNJAN—Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas kereta Proton Waja dipandu hilang kawalan lalu melanggar pokok di Kampung Sungai Ladong, di sini semalam.


Dalam kemalangan itu, mangsa yang maut  wanita warga emas Fajar Kuley,72, penumpang di bahagian belakang, manakala dua lelaki pemandu dan penumpang bahagian hadapan berusia 29 dan 33 tahun yang tersepit mengalami kecederaan.


Komander Operasi,PBK II KUP Wan Hossein Wan Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.30 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Simunjan ke lokasi kejadian.


"Kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta Proton Waja telah hilang kawalan dan melanggar pokok.


"Terdapat seorang mangsa wanita tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang belakang telah dikeluarkan oleh orang awam," katanya dalam kenyataan.


Katanya,dua mangsa lagi berada di tempat duduk pemandu dan tempat duduk penumpang hadapan masih tersepit dalam keadaan cedera dan masih sedar.


"Pasukan Bomba telah membantu mengeluarkan dua mangsa lelaki yang tersepit namun masih sedar mengalami kecederaan.


"Kedua dua mangsa berjaya dikeluarkan diserahkan kepada pihak perubatan ambulans seterusnya mangsa telah dihantar ke Hospital Simunjan untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.


Katanya, mangsa wanita warga emas yang maut ditempat duduk belakang telah disahkan oleh pihak perubatan diserahkan kepada pihak polis.

Next Post Previous Post