-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Sekumpulan kanak-kanak dilanggar lari kereta di Taman Susur Jambu Sarikei, pemandu berjaya ditangkap

| Ogos 19, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-19T02:16:20Z
Pemandu langgar lari berjaya ditahan malam tadi.

SARIKEI—Sekumpulan kanak-kanak menempuh detik cemas apabila tiga daripada mereka dilanggar lari sebuah kereta yang berlaku di Taman Susur Jambu di sini malam tadi.


Borneo Network diberitahu, seorang daripada mangsa dikatakan cedera parah dalam kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 9.45 malam.


Ketua Polis Daerah Sarikei, Supt Awang Ar­fian Awang Bujang yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata, pemandu yang terlibat dalam insiden tersebut telah berjaya ditangkap.


"Ya. Tiga orang kena langgar kereta. Pemandu kereta dah kena tangkap," jawab beliau apabila dihubungi wartawan kami.


Sementara itu, ibu salah seorang daripada kanak-kanak yang menjadi mangsa dalam insiden tersebut merayu orang ramai bersama-sama mendoakan anaknya yang kini dirawat di Hospital Sibu akibat cedera parah di kepala.


"Assalamualaikum, maaf tidak dapat balas (mesej) buat masa ini. Telefon tak ada bateri. Cuma mohon doakan anak saya. Saya berdua telah berada di Hospital Sibu sebab anak saya akan dibedah...Otaknya ada pendarahan. Mohon doakan kesembuhan," katanya dalam hantara Facebooknya.


Kes tersebut masih dalam siasatan polis.

×
Berita Terbaru Update