See Chee How melompat lagi?

See Chee How, DUN, Parti Sarawak Bersatu, ADUN, Sarawak Update

Asfia menunjukkan surat letak jawatan sebagai ahli PSB dari See Chee How 


KUCHING--Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah menerima surat letak jawatan sebagai ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuatkuasa serta merta dari Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Lintang, See Chee How.


Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar  Mohamad Asfia Awang Nasar mengumumkan surat terbabit telah diterimanya pada 12 Ogos lepas.


"Saya terimalah (surat itu) tak ada pilihan. Ahli yang berhormat itu memberitahu kepada saya beliau meletakkan jawatan sebagai ahli PSB, kita terima,"katanya ketika mengadakan sidang media di DUN Sarawak di sini, hari ini.


Asfia berkata ADUN Batu Lintang terbabit tidak menyatakan sebabnya meletak jawatan sebagai ahli PSB dalam surat terbabit.


"Dia tidak melompat dari parti PSB kepada parti lain, hanya meletak jawatan daripada (keahlian) PSB,"tambahnya.


Katanya dengan perletakkan jawatan sebagai ahli PSB maka ADUN Batu Lintang itu akan menjadi hanya satunya ahli bebas dalam DUN Sarawak dan pembangkang yang dahulunya ada enam ADUN berkurangan kepada lima ADUN.


Menurutnya kedudukan keahlian parti-parti di DUN Sarawak adalah seperti berikut: Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebanyak 76 kerusi, PSB (3 kerusi), Democratic Action Party (DAP) (2 kerusi), Bebas (1 kerusi).


"Saya mendapati yang berhormat See Chee How berperibadi, bijak dan cekap. Beliau terpelajar dalam membentangkan pendapat dan pandangannya di dewan (DUN Sarawak),"katanya.


Asfia juga mendedahkan ADUN Batu Lintang itu ahli Jawatankuasa Perundingan dalam menasihat DUN Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.