Satu lagi objek dipercayai serpihan roket China dijumpai, diuji bacaan radiasi rendah

Satu lagi objek, Serpihan roket China, Roket China dijumpai, Bacaan radiasi rendah, Sarawak Update

Pasukan HAZMAT BBP Kidurong dan pihak AELB (ATOM) Bintulu berada di lokasi untuk membuat pemeriksaan, (gambar sisipan) objek besi separa bulat berbentuk ladam kuda yang ditemui di dalam lubang pada kedalaman kira-kira empat inci pada 9 pagi tadi. Gambar kredit Bomba


BINTULU-- Satu lagi objek logam berbentuk separa bulat dipercayai serpihan roket China dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit persendirian di Kampung Kuala Nyalau, Samalaju di sini pagi semalam.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan objek itu sekitar jam 10.37 pagi semalam dan telah menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju ke lokasi.


Pasukan HAZMAT BBP Kidurong dan pihak AELB (ATOM) Bintulu berada di lokasi untuk membuat pemeriksaan ke atas objek tersebut. Gambar Bomba


"Pihak Bomba telah membuat pemeriksaan bagi memastikan lokasi sebenar objek tersebut.


"Objek berwana hitam yang tertanam lebih kurang 4 inci dari permukaan tanah dan pihak polis memasang sawar-sawar di lokasi objek berkenaan," katanya.


Gambar kredit Bomba



Jelasnya, pihaknya juga memohon bantuan dari Pasukan HAZMAT BBP Kidurong dan pihak AELB (ATOM) Bintulu untuk membuat pemeriksaan ke atas objek tersebut untuk memastikan kawasan tersebut selamat.


Gambar kredit Bomba


"Hasil dari pemeriksaan dari pihak AELB(ATOM) bersama Pasukan HAZMAT Bomba bacaan radiasi menggunakan Survey Meter adalah rendah (0.05Sv/perhour) dan keadaan di lokasi selamat," katanya.


Gambar kredit Bomba


Tambahnya lagi, objek tersebut diserahkan kepada  Pihak AELB(ATOM) jam 5 petang semalam untuk tindakkan selanjutnya.


Setelah memastikan kawasan benar-benar selamat semua agensi bertolak balik dari kawasan tersebut.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.