Salah guna kuasa, penolong pegawai pendidikan daerah ditahan SPRM

Salah guna kuasa, Penolong pegawai pendidikan daerah, SPRM, Berita Malaysia

SANDAKAN—Seorang penolong pegawai pendidikan daerah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukannya bagi melantik syarikat milik anak saudaranya dalam tender kantin sebuah sekolah bernilai RM50,000.


Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy berkata suspek lelaki berumur dalam lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Sabah cawangan Sandakan kira-kira 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan berhubung kes tersebut.


"Tender tersebut bagi tempoh tiga tahun sekitar Disember 2015 hingga November 2018.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Karunanithy berkata suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan dalam tempoh terdekat.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.