Rumah teres terbakar di Sibu

Kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat terbakar di lorong Sukun, Jalan Upper Lanang, di sini, pagi tadi. Gambar kredit Bomba

SIBU--Sebuah rumah teres dua tingkat terbakar di lorong Sukun, Jalan Upper Lanang, di sini, pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.59 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dengan bantuan BBP Sungai Merah ke lokasi kejadian.



"Kebakaran membabitkan 30 peratus di tingkat atas manakala terbakar 100 peratus di tingkat bawah.


"Kebakaran turut merebak 10 peratus di tempat letak kereta rumah bersebelahan,"katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,semasa kejadian kesemua penghuni berjaya keluar menyelamatkan diri dengan selamat.



"Anggota Bomba telah melakukan pemadaman 'offensive' bagi memadam api di ruang tingkat bawah ruang tamu dan ruang tingkat atas.


"Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.30 pagi," ujarnya.

Next Post Previous Post