RM39,796 dalam akaun bank lesap dipindah tanpa TAC
![]() |
Gambar hiasan kredit unsplash |
SIBU—Seorang pemilik kedai perkakasan terkejut wang dalam akaun miliknya berjumlah RM39,796 lesap setelah dipindahkan ke akaun tidak dikenali tanpa kebenaran.
Lelaki berusia 27 tahun itu menyedari wang dalam akaun miliknya dipindahkan tanpa kebenaran selepas membuat semakan ke atas akaun banknya pada 9 Ogos lalu semasa berada di Jalan Wawasan, Sibu.
Mangsa mendapati terdapat dua kali transaksi ke dalam akaun yang tidak dikenal pasti atas nama Avanzar shop dan Arianiaga Serv sebanyak RM19,800.
Selain itu, mangsa juga telah membuat semakan ke atas satu lagi akaun bank miliknya mendapati terdapat empat transaksi wang miliknya dipindahkan ke dalam akaun yang tidak dikenal pasti atas nama seorang individu menggunakan kaedah ‘Duitnow'.
Jelas mangsa, dia tidak pernah memberikan nombor TAC atau OTP kepada mana-mana pihak dan tidak pernah menerima atau menekan mana-mana pautan yang tidak dikenal pasti.
Ekoran kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.