Rh Johanes terjejas akibat tanah runtuh

Rh Johanes terjejas, Tanah runtuh, BBP, Selangau, Sarawak Update
Anggota bonba dari BBP Mukah meninjau keadaan tanah runtuh yang berlaku di RH Johanes, Batu 15 Jalan Selangau petang tadi. Gambar kredit Bomba

MUKAH—Sebuah rumah panjang, RH Johanes di Batu 15 Jalan Selangau di sini terjejas akibat tanah runtuh petang tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 3.29 petang tadi dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi.


"Setibanya  pasukan bomba di lokasi mendapati berlaku kejadian tanah runtuh di Rh Johanes yang mempunyai 7 pintu.


"Kejadian berlaku 20 kaki di bahagian dapur belakang rumah nombor 2," katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelasnya, bomba hanya membuat pemantauan dan memberi nasihat kepada penghuni agar berwaspada.


"Setelah memastikan keadaan selamat pasukan bomba bertolak balik ke balai," katanya. 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.