Penyewa lesap, pemilik kereta tanggung kerugian

Gambar hiasan

SIBU-- Seorang pemilik kereta sewa membuat laporan polis selepas kereta Proton Saga yang disewanya kepada pasangan suami isteri tidak dikembali sehingga hari ini.


Borneo Network diberitahu, pemilik mendakwa telah dihubungi pasangan itu selepas melihat iklan kereta sewa menerusi Facebook.


"Kereta tersebut disewa bagi kegunaan isterinya dan pemilik mengenakan bayaran sebanyak RM90 sehari dan RM270 untuk tempoh tiga hari.


Pemilik kereta turut meminta salinan kad pengenalan mereka. Selepas tiga hari pasangan suami isteri itu mahu menyambung sewa kereta bagi kegunaan isterinya ke Bintulu," menurut sumber itu.


Pemilik kereta bersetuju dan meminta bayaran dilakukan tetapi mereka tidak membuat bayaran.


Selepas beberapa hari pemilik kereta membuat panggilan, namun mereka memberi pelbagai alasan.



Sehingga hari ini mereka berhutang lebih RM3,000 kepada pemilik kereta dan enggan menjawab panggilan.


Laporan berhubung kes itu dibuat di Balai Polis Sentral, Sibu.

Next Post Previous Post