Penunggang motosikal maut dilanggar, diseret

Keadaan motosikal mangsa yang selepas dilanggar 4WD di Jalan Batu 1 Kuala Baram malam tadi. Gambar kredit PDRM

MIRI—Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya diseret sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam satu kemalangan di Jalan Batu 1 Kuala Baram, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 7.48 malam.


“Siasatan mendapati kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang warga emas berusia 69 tahun cuba masuk ke sebuah simpang menghala ke Senadin.


Bagaimanapun, kenderaan itu bertembung dengan motosikal mangsa yang datang dari arah jalan lurus Kuala Baram-Lutong.


Berikutan kejadian, motosikal mangsa telah terbakar. Mangsa berusia 27 tahun itu maut serta-merta di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Next Post Previous Post