-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Motosikal bertembung Axia, pemuda parah

| Ogos 04, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-04T12:24:40Z


BETONG: Seorang pemuda cedera peha sebelah kanan setelah motosikal dan Perodua Axia berlanggar dalam satu kejadian yang berlaku di Bandar Baharu Medan dekat sini.


Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 4.12 petang, mangsa Estrada Evicsens Bada, 21, yang menunggang motosikal telah bertembung dengan sebuah kereta ketika keluar dari simpang di lokasi terbabit.


Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM Betong yang dihubungi orang awam telah bertindak membantu mangsa. 


Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Betong Leftenan Muda (PA) Desem Samuel mengesahkan menerima laporan terbabit dan anggotanya turut dikerah kelokasi.


"Tiga anggota dikerah kelokasi kejadian bagi membantu mangsa yang mengalami kecederaan pada anggota badan.


"Mangsa tidak dapat bangun sendiri," katanya.


Pihak Hospital Betong yang dihubungi turut tiba dengan keluaran Ambulan bagi membawa mangsa yang cedera ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya.

×
Berita Terbaru Update