Mayat pemancing dibaham buaya di Semporna ditemukan

Mayat pemancing dibaham buaya, Semporna, Mayat Azman Tugau, Sungai Pegagau, Berita Malaysia
Mayat lelaki yang dibaham buaya ditemukan di Sungai Pegagau, Semporna petang tadi. Gambar media sosial

SEMPORNA— Mayat Azman Tugau, lelaki yang dilaporkan dibaham buaya ketika memancing di Sungai Pegagau dekat sini Ahad lepas ditemukan oleh orang awam pada kira-kira 5 petang tadi.


 Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mayat Azman, 35, ditemukan berhampiran lokasi dia dibaham reptilia itu.


"Pada pukul 5.30 petang tadi Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna menerima makluman daripada Ibu Pejabat Polis Semporna bahawa mayat mangsa ditemukan oleh orang awam. Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa ditamatkan," katanya.


Ahad lepas, Azman bersama sepupunya dilaporkan sedang memancing di pinggir sungai berkenaan sebelum dia dibaham buaya pada kira-kira 3 petang.


Sepupu mangsa yang menyaksikan kejadian tersebut berjaya melarikan diri dan melaporkan perkara itu kepada polis.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.