Mayat budak lemas ditemukan sempurna, tiada kesan gigitan buaya
![]() |
Mayat mangsa ditemukan oleh APM dan bomba di Sungai Sundar pagi tadi. Gambar kredit Bomba |
LAWAS—Mayat budak lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya ditemukan dalam keadaan sempurna dan tiada kesan gigitan buaya di Sungai Sundar pagi ini.
Mayat mangsa Nabil Suhaili,12, dari Kampung Tanjong Katong, Sundar ditemukan 700 meter dari lokasi hilang jam 9.28 pagi.
![]() |
Gambar kredit Bomba |
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Azman Ibrahim berkata mangsa lemas ditemukan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Bomba ketika bersama-sama melakukan teknik pencarian di tebingan hilir sungai Sundar.
“Ketika ditemukan, mayat mangsa masih dalam keadaan sempurna dan tiada kesan gigitan buaya,”katanya kepada Borneo Network hari ini.
Azman berkata mayat mangsa dinaikkan ke bot fiber Bomba seterusnya diserahkan kepada polis untuk pengesahan keluarga dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dalam kejadian 3.10 petang Ahad lalu, Nabil dilaporkan hilang ketika mandi-manda bersama lima rakannya di sungai Kampung Tanjong Katong.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.