-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Lagi wang dalam bank lesap, wanita rugi RM8,500

| Ogos 08, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-08T08:58:10Z
Gambar hiasan kredit Unsplash

SIBU—Seorang promoter jualan wanita mengalami kerugian berjumlah RM8,500 setelah wang dalam akaun banknya dipindahkan tanpa kebenaran ke akaun individu tidak dikenali.


Mangsa berusia 43 tahun itu menyedari wang miliknya hilang pada 21 Julai 2022 sekitar 6 pagi bertempat di rumahnya di Ulu Sungai Merah, Sibu.


Semasa mangsa hendak membuat pemindahan wang ke akaun lain mangsa menyedari wang di dalam akaun miliknya pengadu telah berkurangan.




Hasil semakan melalui sistem perbankan dalam talian (online), mangsa mendapati berlaku tiga transaksi permindahan wang dari akaunnya ke akaun orang lain yang tidak dikenali.


Transaksi itu direkodkan pada 21 Julai 2022 iaitu 2.21 pagi sebanyak RM2,500, pada 2.26 pagi RM3,000 dan pada  2.32 pagi RM3,000.


Pindahan wang mangsa telah masuk ke satu akaun bank atas nama seorang lelaki.


Berikutan itu, mangsa tampil membuat laporan untuk siasatan polis.


Kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997. 

×
Berita Terbaru Update