Notification

×

Iklan

Iklan

Kereta curi rembat sawit

| Ogos 24, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-24T01:00:50Z
Triton yang digunakan oleh suspek telah hilang disyaki dicuri pada Jumaat lepas.

BAU—Video memaparkan insiden kecurian buah sawit di ladang milik sebuah syarikat perladangan di Sungai Gawea, Kampung Stungkor Baru Batu 18 Jalan Bau Lundu, menjadi tular di media sosial Facebook semalam.


Dalam video itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Triton digunakan individu yang tidak bertanggungjawab, mencuri buah sawit di ladang berkenaan yang didakwa berlaku sekitar jam 1.30 petang semalam.



Sekumpulan pekerja ladang berkenaan cuba menghalang laluan Triton terbabit namun suspek yang memandu kenderaan tersebut bertindak mengundur 4WD dan menggunakan laluan lain untuk melarikan diri.


Suspek juga dikatakan telah menanggalkan nombor pendaftaran kenderaan tersebut agar tidak dapat dikesan.


Bagaimanapun, pemilik kenderaan berkenaan tampil membuat komen di ruang hantaran video berkenaan dan memaklumkan Triton tersebut telah dihilang disyaki dicuri pada Jumaat lepas.


"Tolong buat repot polis ttg kereta tok....sbb kereta tok kompom kamek mpun yg hilang dini hr jumaat ya... Kereta tok PHD9367," jelasnya.


Sementara itu, pekerja ladang berkenaan turut meminta kerjasama orang ramai yang mengenali kenderaan tersebut menyalurkan maklumat kepada pihaknya untuk membuat laporan polis.


"Kepada sesiapa yang mengenali kenderaan tersebut sila maklumkan maklumat kepada pihak kami untuk membuat laporan polis.


"Orang ramai boleh menghubungi Jeffery (Plantation Executive) di talian 0198681208. Kerjasama anda amatlah dihargai," ujarnya. 

×
Berita Terbaru Update