Notification

×

Iklan

Iklan

Kebakaran hutan di barat daya Perancis, 10,000 penduduk terpaksa berpindah

| Ogos 11, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-11T04:07:52Z
Kebakaran di barat daya Perancis. Gambar kredit Lucie Hill

MOSCOW—Kira-kira 10,000 penduduk dipindahkan setakat Rabu di Gironde, barat daya Perancis akibat kebakaran hutan, kata pejabat pemantau wilayah itu, lapor Sputnik.


Api telah memusnahkan 6,200 hektar (15,300 ekar) tanah di wilayah yang terkenal dengan ladang anggur dan chateaux (rumah agam Perancis) yang lama. Tiada kecederaan dilaporkan, kata pegawai Martin Guespereau.


Seribu anggota bomba telah dikerahkan untuk memadam kebakaran itu. Perdana Menteri Elisabeth Borne menjanjikan bantuan nasional kepada wilayah berkenaan. Beliau berkata akan ke Gironde pada Khamis bersama-sama dengan Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin.


Kebakaran marak di seluruh selatan dan barat daya Perancis sejak Julai ketika haba melampau terus menyelubungi sebahagian besar Eropah. Kebakaran yang berlaku selama satu minggu dilaporkan menelan kos sejumlah €6.6 juta (US$6.8 juta).


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update