Keahlian Willie dalam BERSATU tergugur secara automatik

Willie dalam BERSATU, Ahli Parlimen, Puncak Borneo, PBB, Sarawak Update
Datuk Willie Mongin

KUCHING-- Keahlian Datuk Willie Mongin sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah tergugur secara automatik, kata Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian. 


Beliau menjelaskan ia berdasarkan Perlembagaan Parti Fasal 10, Perkara 10.2.3.


"BERSATU Sarawak mengambil maklum tindakan Yang Berhormat Datuk Willie Mongin Ahli Parlimen Puncak Borneo mengenai  permohonan beliau untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah diluluskan.


"Oleh itu, keahlian YB Datuk Willie Mongin telah tergugur secara automatik menurut Perlembagaan Parti Fasal 10, Perkara 10.2.3," katanya dalam kenyataan hari ini. 


Tambah Jaziri, hal ini juga telah dimaklumkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Presiden BERSATU.


Beliau memberitahu, BERSATU Sarawak kecewa dengan tindakan Willie yang mengumumkan keluar parti menjelang Pilihan Raya Umum yang hampir tiba. 


"BERSATU Sarawak berharap tindakan Datuk Willie Mongin bukan demi kepentingan peribadi beliau sendiri," ujarnya. 


Dalam masa yang sama, katanya, BERSATU Sarawak menyokong tindakan susulan oleh pucuk pimpinan parti berkaitan kuota Timbalan Menteri beliau yang sebelum ini adalah kuota milik BERSATU.


Jelasnya, BERSATU Sarawak sentiasa mengamalkan politik khidmat sebagai wadah perjuangan di Sarawak dan mengutamakan Sarawak dengan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat di negeri ini.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.