-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Kapal tangki Rusia ditahan bersauh tanpa kebenaran

| Ogos 22, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-22T07:29:47Z
Sebuah kapal tangki yang berdaftar di Rusia ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran.

JOHOR BAHRU—Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki yang berdaftar di Rusia, kerana bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 23.6 batu nautika timur laut Tanjung Siang, Kota Tinggi, petang semalam.


Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata kapal tangki itu ditahan pada 3 petang oleh kapal ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan penguatkuasaan di perairan Johor Timur.


“Kapal tangki tersebut dikendalikan 19 kru lelaki dan dua wanita kesemuanya warga Rusia termasuk nakhoda, berumur lingkungan 32 hingga 62 tahun. Nakhoda kapal tangki terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh di perairan Malaysia ketika diperiksa,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.


“Maritim Malaysia Negeri Johor akan terus memantau dan memastikan perairan Johor bebas dari sebarang cubaan bersauh secara haram.


“Justeru, pemilik atau pengusaha perkapalan dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update